Sukan

Seri menentang Everton, Jurgen Klopp puji aksi Allison

JURULATIH Liverpool, Jurgen Klopp memuji penjaga gawang pasukannya, Alisson selepas beraksi dengan baik hingga meraih keputusan seri ketika bertemu Everton awal pagi tadi.

Menurut Klopp, jika pemain yang berasal dari Brazil itu beraksi dengan baik hingga ke hujung perlawanan, pasti mereka akan kehilangan mata kepada pasukan lawan.

Allison ketika dihujung babak kedua perlawanan menjadi penyelamat selepas berjaya menepis kuisan jarak dekat pemain Everton, Dominic Calvert-Lewin’s.

Itu adalah peluang paling hampir buat Everton merain mata tetapi berjaya digagalkan Allison.

“Apa yang dilakukan Allison sangat baik. Itulah pemain bertaraf dunia,” katanya seperti dilaporkan bbc.com

Liverpool kini memerlukan lima mata untuk menamatkan kemarau menjadi juara Liga Premier selepas 30 tahun.

Namun, peluang itu akan terbuka jika Manchester City gagal mendapatkan mata daripada perlawanan bersama Burley awal pagi esok.

Liverpool juga harus memastikan kemenangan berpihak kepada mereka pada perlawanan menentang Crystal Palace rabu depan. -SM

(Visited 91 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button