Politik

Pengundi perlu tolak pihak penunggang agama-Anwar

PULUN habis-habiskan, selepas jam 12 tengah malam ini, semua ceramah dan kempen mesti dihentikan kerana esok, 12 Ogos ialah hari mengundi Pilihan Raya Negeri ke-15.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) juga tidak senang atau betah duduk diam kerana hari ini adalah hari terakhir berkempen.

BENDERA gergasi Pakatan Harapan (PH) dikibar di Hulu Kelang pada program pimpinan perpaduan dalam Grand Finale Jelajah Kita Selangor. – GAMBAR FACEBOOK

Di sebalik kesibukan Anwar dengan tugas-tugas sebagai Perdana Menteri, sudah pasti beliau mahu calon-calon yang bertanding di bawah bendera PH menang.

Semestinya tiada yang masuk gelanggang bertanding untuk kalah dan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang juga mengadakan Pilihan Raya kerusi Parlimen Kuala Terengganu, berentap untuk hebat untuk memastikan kemenangan di pihak mereka.

Gabungan PH dengan Barisan Nasional (BN) ditentang oleh Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupaka Pengerusi PN.

Usai di Ijok malam tadi, Perdana Menteri Anwar berkongsi di akaun Facebook, beliau terus ke Hulu Kelang bagi menyertai pimpinan perpaduan dalam Grand Finale Jelajah Kita Selangor.

Kata Anwar dalam catatannya, para pengundi di Selangor dan negeri-negeri lain perlu tolak pihak penunggang agama yang mempermainkan hukum Allah serta sering mencerca dan memfitnah orang lain.

“Bukan itu sahaja, golongan ini juga gemar mengkafirkan orang lain andai tidak memberi sokongan kepada mereka.

“Ia jelas bukan budaya di negara ini dan saya maklumkan bahawa kita tidak boleh membiarkan gerombolan ini terus berleluasa,” ujar beliau.

Anwar berkata, jika golongan seperti ini diangkat sebagai pemimpin, beliau percaya bahawa negara akan rosak dan mereka akan terus menunggang agama demi kepentingan peribadi.

“Ayuh bangkit saudara-saudari, kita tolak golongan ini dan kita pastikan hanya pemimpin berilmu dan beradab diberi tempat menggalas amanah rakyat, “ katanya. – SM

BACA Azmin Ali bukan orang asing di DUN Hulu Kelang

BACA Kalau Juwairiya kalahkan Azmin Ali di DUN Hulu Kelang, boleh akses terus PMO

BACA Gelombang Sanusi goncang Selangor

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button