Nasional

Kerajaan lulus vaksin Sinovac untuk kanak-kanak 5 -11 tahun

KETUA Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kerajaan meluluskan vaksin Sinovac untuk diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

Dr Noor Hisham berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini.

“KKM turut meluluskan pendaftaran bersyarat vaksin Sinovac untuk diberikan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke atas.

“Sebelum ini, KKM meluluskan 1/3 dos vaksin Pfizer yang diberikan keoada orang dewasa untuk kegunaan kanak-kanak,” katanya.

Untuk rekod, seramai 904,368 (25.5%) kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) dimulakan 3 Feb lalu.

Beliau berkata, PICKids menyasarkan 3.6 juta kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun divaksin menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu dan bagi memastikan risiko jangkitan dikurangkan serta mengelakkan kluster dan kes dalam kalangan kakitangan sekolah.

Katanya, KKM turut memberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan pil Paxlovid bagi merawat pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi mengalami gejala teruk.

“Produk Paxlovid tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi Covid-19,” katanya. – SM

 

(Visited 153 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button