Nasional

Ebit Lew masuk ke Gaza hari ini

PENDAKWAH bebas dan juga aktvis kemanusiaan Ebit Lew telah tiba di Kaherah, Mesir dalam misinya untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Ketibaan Ebit telah disambut oleh kakitangan Kedutaan Malaysia di Mesir serta badan bukan kerajaan dari United Kingdom yang telah banyak melakukan misi kemanusiaan di Gaza.

Ebit berkata, dia akan meneruskan perjalanan ke Gaza hari ini dan akan memasuki wilayah Palestin itu melalui pintu masuk di Gaza.

“Saya akan menguruskan dan membeli barang perubatan dan segala keperluan yang akan di hantar terus ke Gaza hari ini.

“Perlu melalui prosesnya di Mesir untuk melalui sempadan Rafah satu-satunya laluan terus ke Gaza,” kata Ebit.

Beliau melahiran perasan gembira kerana kakitangan Kedutaan Malaysia di Mesir memberikan pertolongan yang amat membantu dalam urusan misi tersebut.

Dalam kenyataan yang dikongsi di media sosialnya, Ebit sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Wisma Putra kerana memudahkan urusan ke Gaza.

“Terharu sangat dengan sambutan kedutaan Malaysia disini. Mereka sangat membantu dan memudahkan urusan kami. Betapa Negara kita sangat sayangkan Palestin.

“Terima kasih atas doa dari semua rakyat Malaysia. Terima kasih Datuk Seri Hishammuddin dan Wisma Putra yang menyokong dan mempermudahkan semuanya. Semoga Allah SWT merahmati usaha kita semua demi misi kemanusiaan ini,” kata Ebit.

Foto: FB Ebit Lew

Ebit berlepas ke Mesir pada malam 26 Mei dan misi dijangka tamat pata 30 Mei selepas mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.-SM

(Visited 485 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button