Nasional

PICKids: Lebih 206,000 kanak-kanak terima dos pertama

SEBANYAK 206,748 atau 5.8% populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 13,373,479 atau 56.8% populasi dewasa dalam negara telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Sejumlah 22,938,190 individu atau 97.5% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 98.7% atau 23,214,625 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 2,796,021 individu atau 89.9% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,875,825 atau 92.5% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, 149,888 dos vaksin diberikan termasuk 38,738 dos pertama, 1,489 dos kedua dan 109,661 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK adalah 65,198,894 dos.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 24 kes kematian Covid-19 semalam.

Daripada jumlah itu, 11 kematian diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Johor dan Sabah masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Selangor (empat), Kedah (tiga), Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu (masing-masing dua) serta Perak (satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 168,447 kes aktif Covid-19 dilaporkan termasuk 199 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 115 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 8,517 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 3,061,550. – SM

 

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button