Politik

Lembaga Disiplin gagal ikut prosedur, hukuman ke atas Tun Faisal tidak sah?

DATUK Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa hukuman penggantungan keahlian selama enam tahun, sebagai tidak sah kerana sidang Lembang Disiplin UMNO gagal mengikut prosedur dan sekali gus menafikan hak beliau selaku tertuduh.

“Prosedur Lembaga Disiplin yang tidak jelas, tidak bertulis dan menafikan hak Orang Kena Tuduh yang jelas tidak adil,” katanya ketika diwawancara di Suara Merdeka.

Beliau turut mempertikaikan bagaimana pihak berkepentingan iaitu Presiden UMNO dan orang yang membuat laporan iaitu Bendahari UMNO turut berada di jawatankuasa terbabit yang membuat keputusan.

Selain itu jelas beliau, pertuduhan hanya dibuat secara lisan yang menyukarkan tertuduh membela diri.

“Pembentangan keputusan Lembaga Disiplin ke dalam Mesyuarat Pengurusan dan MKT tanpa memberi peluang MKT meneliti hujah-hujah pembelaan dan memberi gambaran bahawa ini adalah masalah dalam UMNO Bahagian Putrajaya, juga tidak adil,” kata Tun Faisal.

“Adil atau TIDAK ADIL, apabila pihak berkepentingan dan pengadu, adalah ahli Mesyuarat Pengurusan dan MKT, dan berada dalam Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat MKT untuk mengesahkan keputusan Lembaga Disiplin? Bukankah mereka patut keluar? Tidakkah ini melanggar prosedur?

“Sah atau tidak sah keputusan mesyuarat MKT pada 27 Mac  yang mengesahkan keputusan Lembaga Disiplin untuk mengenakan hukuman penggantungan selama enam tahun sedangkan prosedur-prosedur membuat keputusan telah dilanggar, pihak berkepentingan, iaitu Presiden dan Pengadu, Tengku Adnan ada dalam Mesyuarat MKT ketika keputusan hendak dibuat dan MKT telah diberi maklumat yang tidak lengkap dan gambaran yang salah mengenai kes ini?” katanya.

Kata beliau, jika keputusan Mesyuarat MKT tidak sah, bolehkah Naib Presiden yang menjaga Perlembagaan UMNO, iaitu Datuk Seri Khaled Nordin dan Setiusaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau tidak sah dan hak-hak keahlian serta jawatan tidak terjejas,” katanya.

(Visited 387 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button