Politik

20,972 pengundi PRK Chini boleh mengundi hari ini

20,972 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini boleh memilih tiga calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu hari ini.

Tiga calon bertanding adalah Mohd. Shahrim Md. Zain, yang mewakili Barisan Nasional menentang dua wakil bebas iaitu, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

Ketiga-tiga calon berkenaan selesai menjalani tempoh berkempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu selama 14 hari.

Pelbagai perkara menarik mengenai landskap politik tanah air dapat disaksikan ketika kempen yang bermula sejak hari penamaan calon pada 20 Jun lalu.

Paling menarik perhatian adalah, beberapa keping gambar memaparkan seteru politik antara UMNO dan PKR boleh duduk semeja bersarapan.

BACA > Isu perkhidmatan telekomunikasi: Jumlah kompaun meningkat RM4.6j, Digi tertinggi — Suara Merdeka

Mereka adalah bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia susulan, permuafakatan antara BN dan Pas dalam Muafakat Nasional bersama dengan Perikatan Nasional (PN) yang menerajui kerajaan melalui Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).

PRK Chini menjadi medan pertama bagi PN untuk menguji kebersamaan dan keeratan hubungan dalam gabungan parti itu.

Malah, usaha itu diperlihatkan dengan sokongan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan bahagian partinya di Parlimen Pekan membantu calon BN.

Antara selingan lain yang berlaku ketika kempen berlangsung ialah pertemuan pemimpin parti politik termasuk dari Sabah dan Sarawak di Putrajaya.

Pertemuan tersebut juga menyebabkan MN bersetuju untuk menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Hal itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agong BN, Tan Sri Annuar Musa, beberapa hari selepas pertemuan tersebut diadakan.

Selain itu, beberapa pemimpin termasuk Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa Parlimen dibubarkan segera.

BACA > PH pilihan terbaik ganti PN gagal urus ekonomi — Suara Merdeka

Hal berkenaan ditegaskan kerana melihat keadaan sokongan dan kestabilan politik yang tidak menentu dan perlu kembalikan mandatnya kepada rakyat.

Sementara dalam Pakatan Harapan pula, senario yang berlaku adalah pengumuman dilakukan bekas Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai pemilihan Perdana Menteri.

Beliau, menamakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.

Dalam cadangan yang dikatakan sebagai ‘pilihan ketiga’ itu, beliau menamakan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri 2.

Sementara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri 1.

Namun, ‘pilihan ketiga’ itu masih belum mendapat restu Majlis Presiden PH yang berpandangan pilihan tersebut hanyalah cadangan tidak rasmi.

Demikian warna-warni politik sepanjang kempen PRK Chini berlangsung.

Kerusi salah satu daripada empat DUN dalam Parlimen Pekan itu diisytihar kosong selepas penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Haru meninggal dunia.

Beliau meninggal dunia pada 6 Mei lalu akibat serangan jantung selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur.

BACA > Hanya wakil rakyat, kakitangan dan petugas media bergejala perlu swab Covid-19 — Suara Merdeka

Susulan itu, SPR kemudian menetapkan, hari penamaan calon pada 20 Jun, pengundian awal 30 Jun dan hari mengundi Sabtu, 4 Julai. – SM

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button