Luar Negara

Kapal selam yang membawa pelancong lawat bangkai Titanic meletup

Tempah maut paling mahal!

Pencarian pelancong yang melawat bangkai Titanic menamatkan operasi apabila berlaku bencana letupan kapal selam di laut dalam.

Mangsa-mangsa yang terlibat dalam kapal selam dari kiri Hamish Harding, Shazada Dawood, Suleman Dawood, Paul-Henri Nargeolet dan Stockton Rush.

Laksamana Muda John Mauger memberitahu media, kesemua lima orang dalam kapal selam yang  hilang tu disahkan meninggal dunia berhampiran bangkai Titanic.

“Bagi pihak Pengawal Pantai Amerika Syarikat dan seluruh perintah bersatu, saya mengucapkan takziah kepada keluarga,” kata Mauger.

OceanGate juga mengucapkan takziah kepada mangsa dan ahli keluarga.

“Kami bersedih atas kehilangan nyawa dan kegembiraan yang mereka bawa kepada semua orang yang mereka kenali,” luahnya.

Pada Isnin lalu dilaporkan satu ekspedisi lima penumpang dipercayai hilang terdiri daripada dua krew, dua penumpang yang membanyar sebanyak RM987,000 dan CEO syarikat Stockton Rush.

Bagaimanapun pencarian dan menyelamat mangsa selama empat hari gagal.

Artikle Berkaitan:>

Kapal selam bawa pelancong untuk lawat bangkai Titanic hilang

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button