Nasional

Terima rasuah premis peniagaan: Tiga pegawai MBSA ditahan

Ada pengkhianat bocorkan rahsia operasi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sg Buluh pagi tadi.

Menurut sumber, kesemua mereka ditahan kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis-premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sungai Buluh.

“Dua penguatkuasa MBSA cawangan Sungai Buloh dan seorang dari Shah Alam yang berusia 41 hingga 49 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya hari ini.

“Turut ditahan ialah peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti diceritakan dalam video tersebut kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut,” katanya.

Jelas sumber lagi, peniaga tersebut telah beoperasi sejak tahun lalu dan membayar wang rasuah sebanyak RM300.00 sebulan kepada penguatkuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.

BACA> Berhentilah kecam polis – Pengasas Hot Burger

“Penguatkuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara RM300.00 ke RM3,500.00 sebulan bagi sebuah premis perniagaan.

“Ini termasuk premis-premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai-gerai yang menjalankan perniagaan di tempat-tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian,” ujar sumber.

Sumber juga berkata terdapat individu yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak ianya kutipan rasuah secara bersindiket di kalangan anggota penguatkuasa.

Beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti rasuah di kalangan penguatkuasa untuk tampil memberikan kerjasama. Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.

BACA>Judi: Mustahil pemilik Hot Burger memfitnah kata bekas menteri KDN

Tambah beliau, siasatan dijalankan di bawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan kesemua yang ditahan akan dihadapkan ke mahkamah bagi permohonan reman dibawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. -SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button