AgamaNasionalNegeri

Jangan abai rawatan susulan di klinik, hospital – Pemangku Raja Perlis

MASYARAKAT digalakkan untuk mendapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital berdekatan terutamanya bagi mereka yang sudahpun mengetahui menghidap sebarang penyakit kronik.

Pesakit-pesakit yang dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk membuat pemeriksaan susulan hendaklah mengambil langkah-langkah bertanggungjawab yang sewajarnya dengan tanpa melengah-lengahkannya lagi.

 

Demikian titah nasihat Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM91,000 kepada 130 asnaf terpilih di Masjid Assobirin Kampung Gial, Arau baru-baru ini.

Ia melibatkan 73 penerima dari kalangan anak kariah Kampung Gial dan 57 lagi dari kariah Kampung Guar Gajah.

Masing-masing menerima RM700 daripada MAIPs.

Pemangku Raja Perlis berharap agar masyarakat di negeri ini perlu lebih pęka terhadap tahap kesihatan diri sendiri serta ahli keluarga tersayang masing-masing tanpa mengira peringkat umur.

“Nasihat pakar perubatan perlulah diambil secara serius,” titah Baginda.

Titah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, terdapat maklum balas dari pihak Jabatan Kesihatan Negeri yang menunjukkan bahawa terdapat banyak kes di mana pesakit tidak datang untuk mendapatkan rawatan susulan walaupun telah diperingatkan oleh para pegawai kesihatan.

Oleh itu juga, Baginda menasihati agar masyarakat hendaklah mengamalkan sikap bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan supaya jangan memandang enteng akan isu kesihatan masing-masing supaya slogan ‘Perlis Hebat – Rakyat Hidup Sihat’ dapat direalisasikan dengan erti kata yang sebenarnya. – SM

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button