Jenayah

Pasangan suami isteri didakwa bunuh pelayan

SEPASANG suami isteri didakwa di Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelayan ,bulan lepas.

Pasangan itu, Khor Swee Boon, 33 dan Ng Hui Yee, 30 mengangguk dan berkata ‘faham’ ketika pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Normaizan Rahim pagi tadi.

Pasangan itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa membunuh Cho Lim Fong, 29, di Restoran Jing Hoe Mei, Jalan Pandan Indah, pada 8.55 malam, 29 Disember tahun lalu.

Peguam R.S.N Nayer yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu mahkamah, Ng diikat jamin atas alasan dia seorang wanita dan juga seorang suri rumah yang mempunyai dua anak kecil masing-masing berusia lima dan tujuh tahun.

Kedua-dua kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah jagaan ibu bapa Ng.

Bagaimanapun, mahkamah menolak pengakuan itu dan menetapkan 23 Mac untuk sebutan semula.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, pada 30 Dis tahun lepas dilaporkan berkata seorang lelaki maut selepas dia menyentuh bungkusan yang diletakkan di atas bonet keretanya dan meletup pada malam 29 Disember lalu di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya.

Tertuduh yang kedua-duanya sudah berkahwin ditahan polis pada 3 Jan tahun ini di Serdang, Kedah. – SM

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button