Politik

Bersatu ingatkan lantikan Ismail Sabri sebagai PM bersyarat

Pemimpin Bersatu mengingatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dibuat oleh Bersatu dan bukannya UMNO.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, parti berkenaan memilih Ismail Sabri selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Wan Saiful

Sementara UMNO, kata beliau, memilih Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Presiden UMNO.

Oleh itu pelantik Ismail Sabri kata beliau, adalah bersyarat dan beliau tidak sepatutnya melanggar syarat itu.

Tambah beliau ketika berceramah di Muar bahawa apa yang dilakukan adalah untuk memastikan kehidupan rakyat terus terpelihara dan terjaga.

Muhyiddin, ujar beliau adalah contoh pemimpin yang banyak membantu rakyat semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan menetapkan tarikh pilihan raya negeri Johor selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan tempoh hari.

Bagaimanapun kebimbangan masyarakat untuk keluar mengundi kerana kes Covid-19 kembali meningkat kini hampir mencecah 6,000 kes sehari.

 

(Visited 526 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button