Rencah Hidup

Sultan Johor kurnia X70, MyVi kepada doktor, kakitangan HSA

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan kereta kepada Pengarah dan kakitangan Wad DiRaja Hospital Sultanah Aminah hari ini.

Pengurniaan tersebut sebagai penghargaan atas dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.

Pengarah Hospital HSA Dr Mohtar Pungut @ Ahmad, Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr. Ismail Jumali dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr. Mohd Firdaus Shamsuddin masing-masing menerima sebuah Proton X70.

Manakala Ketua Penyelia Jururawat, Sarinah Sukor dan Penyelia Jururawat, Fauziah Sulaiman pula masing-masing menerima sebuah Perodua Myvi.

Menurut Royal Press Office, kenderaan tersebut diserahkan oleh Dato’ Perdana Dalam, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa selaku wakil kepada Sultan Ibrahim.

“Patik memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada KeBawah Duli Tuanku atas kurniaan Baginda ini kepada patik dan kakitangan sekalian.

“Patik mendoakan Tuanku serta Kerabat DiRaja sentiasa sihat sejahtera. InsyaAllah, kami akan terus berikan perkhidmatan terbaik kepada Tuanku sekeluarga serta rakyat jelata,” kata Dr. Mohtar kepada Royal Press Office (RPO) selepas menerima kenderaannya.

Sebelum ini Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 29 September lalu.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kenderaan itu bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat 10 jururawat terbabit kepada baginda dan keluarga diraja Johor.-SM

 

(Visited 291 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button