Negeri

Projek ‘Normal Baharu di George Town’: Kerajaan P.Pinang peruntukan RM1 juta

KERAJAAN  negeri Pulau Pinang melalui George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) memperuntukkan RM1 juta bagi menjana semula ekonomi sektor warisan dan budaya negeri dalam menghadapi kebiasaan baharu.

Projek yang diberi nama ‘Normal Baharu di George Town’ itu memfokuskan kepada menyokong perniagaan tempatan, membaik pulih bangunan warisan dan memperkasakan pemasaran digital.

Tempat Menarik di Penang Yang Terkini 2020 Paling Cantik

“Kira-kira 3,000 perniagaan di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dan 5,000 perniagaan yang merupakan sebahagian daripada rantaian ekosistem budaya dan kewangan boleh mengambil bahagian dalam projek ini.

“GTWHI berharap dapat membimbing dan membantu perniagaan tempatan untuk menerokai peluang perniagaan dan pelanggan baharu melalui dunia digital,” kata GTWHI dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, dalam usaha membaik pulih bangunan warisan, projek itu menyediakan bantuan kewangan secara bayaran balik dengan maksimum sebanyak RM1,500 secara sekali gus untuk pemilik atau penyewa bangunan warisan kategori I dan kategori II kepada 267 pemilik atau penyewa bangunan.

48+ Tempat Menarik Di Penang Yang Percuma (TERBARU 2020 | Wajib ...Antara kerja penambahbaikan yang dibenarkan ialah menaik taraf pendawaian elektrik, mengecat semula dinding dalaman dan luaran bangunan, membuang tumbuh-tumbuhan dari fasad, merawat masalah anai-anai atau kerja-kerja lain dengan mematuhi peraturan dan undang-undang warisan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Kawasan Khas George Town.

Dalam pada itu, usaha pemerkasaan pasaran digital pula memfokuskan kepada individu atau perniagaan yang masih belum mempunyai strategi pemasaran digital.

Pemohon perlu mencadangkan video yang berdurasi lima hingga 20 minit bagi berkongsi kemahiran, pengetahuan atau proses kerja tangan mereka.

“GTWHI akan membimbing pemohon disenarai pendek dengan kaedah rakaman video dan cara perkongsian platform digital.

“Rakaman video dan maklumat perniagaan akan dipromosikan ke dalam laman sesawang dan saluran media sosial GTWHI…pemohon yang berjaya melengkapkan projek ini akan mendapat insentif sekali sebanyak RM1,500,” menurut kenyataan itu lagi.

GTWHI menjemput pemohon yang layak dan berminat untuk mendaftar dengan menghubungi GTWHI di talian 04-2616606 dari pukul 10 pagi hingga 4 petang bermula hari ini, Isnin hingga Jumaat. – SM

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button