Nasional

Lorong SmartTAG dibuka semula-PLUS

LORONG SmartTAG yang digantikan dengan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) dibuka semula mulai semalam. Ini disahkan oleh pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Menurut PLUS, sebanyak 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol dibuka semula sebelum 25 Januari untuk kelancaran trafik sempena sambutan Tahun Baharu China dan selepas perayaan iaitu pada pada 19 Februari, 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan di 18 plaza tol.

PLUS berkata, lebih ramai kakitangannya akan ditempatkan di lorong SmartTAG bagi membantu sekiranya timbul isu pembayaran.

“PLUS juga telah menempatkan pembantu khidmat pelanggan di semua 158 lorong RFID di semua 74 plaza tol untuk memberi bantuan kepada pelanggan RFID yang menghadapi masalah dengan menggunakan peranti pengesan mudah alih,” katanya.

PLUS turut menggesa pemilik kenderaan memasang RFID di 24 pusat sepanjang lebuh raya berkenaan dan 35 lagi berada di luar lebuhraya.

Katanya, penggantian percuma RFID disediakan sekiranya tag terbabit dikesan rosak.

Sejak kebelakangan ini berlaku kekecohan dalam sistem RFID yang berkuatkuasa penggunaanya bulan ini di semua plaza tol PLUS antara Juru hingga Skudai.

Susulan itu, berlaku kesesakan teruk disebabkan banyak kenderaan tidak mengesan rekod pembayaran tol mereka menggunakan sistem berkenaan.

Pemilik kenderaan juga merungut berhubung kos memasang pelekat RFID yang berharga RM35 dikenakan pihak PLUS.

Laporan turut menyatakan bahawa pelekat RFID dijual PLUS mudah rosak selepas beberapa kali kenderaan dicuci.- SM

 

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button