NegeriRencah Hidup

Raja Puan Muda sempurnakan Sumbangan Simpanan Bayi Lahir Tabung Putra Petri YTSP

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan majlis Sumbangan Simpanan Bayi Lahir Tabung Putra Petri Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis 2023 dan Bantuan Kepada Pesakit-Pesakit Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Hotel Putra Regency, Kangar.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar bersama hadirin sempena majlis Sumbangan Simpanan Bayi Lahir Tabung Putra Petri YTSP Perlis 2023 dan Bantuan Kepada Pesakit-Pesakit HTF di Hotel Putra Regency, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus, Pengarah HTF, Dr. Nordin Mohamed, Pengarah Tabung Haji Wilayah Utara, Datuk Mohammad Mokhzani Mukhtar dan Pengurus Amanah Saham Nasional Berhad Cawangan Kangar, Nurul Syuhada Marzuki.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurniakan Sumbangan Simpanan Bayi Lahir Tabung Putra Petri YTSP Perlis 2023 kepada salah seorang bayi yang diiringi ibu bapa pada majlis di Hotel Putra Regency, Kangar.

Sumbangan Simpanan Bayi Lahir yang diadakan ini salah satu program kebajikan YTSP Perlis.

Bagi bayi yang dilahirkan oleh ibu beragama Islam, sumbangan mereka dikreditkan ke akaun bayi berkenaan (penerima) di Tabung Haji dan terus didaftarkan menunaikan Haji apabila dewasa manakala yang bukan beragama Islam di Amanah Saham Nasional Berhad.

Lembaga Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad akan memegang amanah bagi pihak YTSP Perlis bagi memastikan bahawa simpanan tersebut tidak boleh dikeluarkan oleh sesiapa termasuk ibu bapa sehinggalah penerima mencecah umur 18 tahun ke atas.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurniakan Sumbangan Simpanan Bayi Lahir Tabung Putra Petri YTSP Perlis 2023 kepada salah seorang bayi yang diiringi ibu bapa pada majlis di Hotel Putra Regency, Kangar.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah juga berkenan menyempurnakan pengurniaansumbangan sebanyak RM41,800 kepada 34 bayi yang terpilih kali ini dan bantuan peralatan perubatan yang berupa cermin mata kepada dua pesakit HTF.

Raja Puan Muda Perlis dalam titah supaya pihak berwajib sentiasa mengemas kini data-data terbaru golongan yang kurang bernasib baik di negeri ini bagi memastikan tiada seorang pun akan terlepas dari menerima segala jenis bantuan yang sepatutnya.

Sebagai rekod, YTSP Perlis merupakan rakan strategik Unit Kerja Sosial HTF dan telah memberi sumbangan peralatan perubatan kepada lebih 539 pesakit yang menelan belanja sebanyak 1,079,863.00 sejak tahun 2007 hingga 2023 untuk tujuan tersebut. – SM

BACA Kombinasi vaksin 3-dalam-1 Tdap bagi melindungi bayi baru lahir

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button