Nasional

Perompak menyamar jadi ‘Ustaz Halim’ dan pegawai Imigresen ditahan

MENGGUNAKAN gelaran Ustaz Halim yang handal dengan ilmu rawatan alternatif bersama rakan yang mengaku pegawai Imigresen.

Itu modus operandi yang digunakan oleh dua lelaki yang kemudian akan merompak mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan aktiviti jenayah itu pada 11.15 pagi kelmarin.

“Mangsa yang juga lelaki warga asing berusia 50 tahun ketika itu menjalankan rawatan rohani bersama suspek tersebut di rumahnya di Sungai Way.

“Tidak lama selepas itu, datang seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan meminta pasport mangsa.

“Suspek kemudian telah meminta mangsa menyerahkan beberapa barangan kemas dan telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, pihaknya kemudian telah berjaya menahan suspek pertama yang dikenali sebagai Ustaz Halim di Flat Samping dan merampas beberapa barangan yang dipercayai milik mangsa.

Suspek kedua pula ditahan di tepi Jalan Changkat, Bukit Bintang pada pukul 10.35 malam semalam.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod dadah dan satu rekod jenayah,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 499 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button