Ekonomi

Public Bank terus menyokong secara proaktif perniagaan kecil meskipun kadar faedah meningkat

Peniaga-peniaga kecil yang terjejas berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan baru-baru ini akan terus dibantu oleh Public Bank.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dr. Tay Ah Lek berkata, pelbagai bantuan pembayaran balik yang komprehensif untuk para peniaga berkenaan terus disediakan secara meluas oleh Bank.

“Public Bank telah menyediakan bantuan pembayaran balik kepada para peminjamnya yang memerlukan penjadualan dan penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mereka. Peminjam juga boleh memohon untuk mengekalkan amaun ansuran bulanan mereka yang sedia ada sebelum kenaikan kadar faedah terbaharu itu,” kata Tay.

Permohonan secara digital untuk bantuan pembayaran itu boleh dibuat melalui laman web Bank sehingga 31 Disember 2023.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, pelanggan boleh menghubungi Bank melalui 03-21766008 atau melayari laman web Bank melalui https://www.pbebank.com.

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button