NasionalNegeri

WI Segamat kagum keramahan penduduk, keindahan landskap Kampung Warna-Warni Kuala Perlis

Pertubuhan Perkumpulan Perempuan atau lebih dikenali sebagai Women Institution (WI) Segamat, Johor kagum dengan keramahan penduduk serta keindahan landskap Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni di Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Perkara ini dikongsikan oleh Pengerusi WI Segamat, Datin Latifah Aluwi semasa mengetuai rombongan bersama 23 ahlinya melawat kampung transformasi berkenaan baru-baru ini.

Kampung transformasi ini diilhamkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta anakanda sulung Baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Kemudian ia dibangunkan dengan inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis serta pelbagai agensi, pihak swasta, individu serta masyarakat setempat.

Tambah istimewa kepada ahli WI ini apabila Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat untuk bersama-sama melawat ke projek tersebut.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang amat mesra dan rapat dihati warga kampung berkenaan disambut oleh Pengerusi W.I Perlis merangkap Naib Pengerusi W.I Kebangsaan, Tengku Datuk Shireen Tengku Suleiman dan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Keurusetiaan MAIPs, Halina Abd Wahid.

Menurut Latifah, ukhwah antara antara ahli-ahli W.I Segamat dan Perlis bertambah erat hasil lawatan ini.

Program pada petang tersebut berakhir dengan persembahan kebudayaan tradisional Perlis seperti tarian canggung dan zapin dari Johor.

Dalam pada itu semasa bertitah Raja Puan Muda memuji masyarakat setempat yang bersatu hati serta semua pihak lain yang sentiasa membantu dalam menjayakan projek ini.

Baginda mengajak semua untuk bersama-sama memastikan tahap kebersihan terus dipertingkatkan demi untuk keselesaan semua. – SM

(Visited 361 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button