JenayahNasional

Tengku Zafrul sahkan dipanggil SPRM tapi tak tahu sebab apa!

BEKAS Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, beliau tidak pasti mengapa dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun, Zafrul berkata, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi antirasuah itu.

“Saya boleh mengesahkan bahawa saya telah dipanggil oleh SPRM. Insya-Allah saya akan berjumpa mereka secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas satu majlis seperti mana dilaporkan FMT.

Tengku Zafrul merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beliau akan berkongsi butiran lanjut dengan pihak media selepas bertemu SPRM.

Semalam, Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Tengku Zafrul akan dipanggil untuk membantu siasatan berkaitan program Jana Wibawa.

Jana Wibawa merupakan pakej rangsangan Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera.

Program yang menelan belanja RM600 bilion itu didakwa terpalit dengan kontroversi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kos terlalu tinggi untuk beberapa projek diberikan dan ia juga tidak melalui proses tender.

Sabtu lalu, Tengku Zafrul berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan sekiranya dipanggil untuk disoal siasat.

“Saya bersedia untuk memberikan kenyataan jika perlu,” katanya dalam catatan di Instagram.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pakej rangsangan Jana Wibawa yang dicadangkan oleh Tengku Zafrul dan telah diuruskan oleh Kementerian Kewangan.

Beliau juga berkata, SPRM mungkin akan memanggil Tengku Zafrul untuk disoal siasat kerana projek itu telah dicadangkan dan dipersetujui oleh menteri kewangan. – SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button