MahkamahNasionalNegeri

Bapa dipenjara setahun ugut anak solat dengan pisau

SEORANG bapa dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini selepas mengaku bersalah memaksa anak lelakinya bersolat dengan melakukan ugutan jenayah, Ogos lalu.

Majistret Don Stiwin Malanjum memutuskan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah daripada tertuduh, Ardi Aris, 32, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan niat mendatangkan ketakutan terhadap anak lelakinya yang berusia 13 tahun dengan mengacukan sebilah pisau di rumah keluarga mereka di Batu 8 Jalan Tiku, pada 9 pagi, 4 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Asisten Superintendan Nur Intan Jamrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika tertuduh ke rumah bekas iparnya sebelum meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau dan mengacu senjata itu ke arah mangsa serta mengarahkannya menunaikan solat.

Mangsa yang dalam ketakutan bagaimanapun bertindak menuruti arahan bapanya itu, sebelum ibu saudaranya menghubungi polis.

Tertuduh yang bekerja di sebuah premis mencuci kereta dan sudah bercerai dengan isterinya sebelum ini pernah dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu kerana disyaki mengalami masalah mental.

Tertuduh dalam rayuannya bagaimanapun memohon kepada Mahkamah supaya hukuman diringankan dengan alasan sudah insaf selain menyesal atas perbuatannya itu.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 4 Ogos lalu. – SM

BACA Penganggur dipenjara lapan tahun cederakan bapa

BACA Rogol dua anak kandung: Bapa dipenjara 428 tahun, 240 sebatan

(Visited 29 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button