Hiburan

Anak bongsu Kareena Kapoor-Saif Ali buat perangai semasa Perayaan Deepavali

PEMINAT filem Hindustan pasti kenal pasangan suami isteri Kareen Kapoor dan Saif Ali.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Taimur, 7, dan Jehangir, 3.

Tahun ini sambutan perayaan Deepavali sudah semestinya meriah bagi keluarga kedua-dua pihak. Apatah lagi dengan kehadiran dua anak mereka.

Sambutan Deepavali pasangan Kareena-Saif tahun ini diadakan di rumah agam baharu mereka.

Seperti pengguna media sosial yang lain, Kareena turut berkongsi gambar-gambar sambutan Deepavali bersama keluarga di laman sosial Instagram beliau dengan menggunakan akaun KareenaKapoor.

Kareena kelihatan amat menawan dengan memakai sari merah manakala suaminya, Saif dan anak-anak lelaki memakai kurta berwarna hitam.

Namun salah satu gambar yang dimuatnaik di Instagram telah menarik perhatian netizen kerana aksi lucu anak bongsu Kareena-Saif yang buat perangai atau tantrum.

Anak pasangan ini yang bernama Jehangir buat perangai dengan berbaring atas lantai dan menangis.
Sedangkan kedua ibu bapanya hanya menahan tawa.

Kareena menerusi Instagramnya mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua peminatnya. – SM

(Visited 460 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button