Hiburan

Nash bawa jemaah umrah Januari tahun depan

ISLAMICTUNES adalah sebuah platform digital yang menghimpunkan usahawan, pembuat, pencipta serta pengiat industri kreatif dan seni yang berfokus kepada islamik telah menandatangani MOU Program Umrah Eksklusif Bersama Datuk Nash, semalam.

Program tersebut diusahakan oleh syarikat A&M Berkat Travel Tours SB dan akan diketuai oleh Datuk Radzi Mansor yang kini berada di Tanah Suci membawa rombongan umrah seramai 40 jemaah.

Penyanyi tanah air, Nash juga akan mengetuai dan membawa jemaah umrah di bawab program tersebut.

“Program umrah yang dianjurkan oleh Radzi telah bermula pada satu Disember dan giliran saya pada 20 Januari tahun depan,” kata Nash ketika ditemui pada majlis pelancaran gig@islamictunes.

Nash turut menjelaskan bahawa dia bukan duta kepada program tersebut tetapi hanyalah artis yang dijemput untuk membawa jemaah umrah.

“Saya anggap ini adalah rezeki yang diberikan oleh Allah kepada saya dan Alhamdulilah, saya sangat bersyukur,” katanya.

Ini merupakan umrah keempat buat Nash dan Nash menyatakan dia tidak risau menunaikan umrah ketika pandemik kerana telah mendapat vaksin.

“Saya telah mengambil vaksin dan saya yakin Arab Saudi akan periksa jemaah yang menunaikan umrah sama ada sudah lengkap vaksin ataupun tidak.

“Kita juga perlu ikut SOP dan peraturan yang ditetapkan oleh Arab Saudi dan negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkembangan terkini, Nash berkata, dia sedang sibuk dengan pertandingan Hijrahkan Laguku yang telah berlangsung selama tiga minggu.

Pada minggu kedua, Nash telah memenangi anugerah persembahan terbaik dan membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000 yang kemudiannya disumbangkan kepada salah sebuah badan bukan kerajaan (NG0) iaitu Pusat Genius Kurnia.

Program Umrah Eksklusif Bersama Datuk Nash akan bermula pada 20 hingga 29 Januari tahun depan.

Mereka yang ingin mengikut Nash menunaikan umrah boleh berhubung terus Radzi di talian 017-7539106.-SM

(Visited 405 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button