Berita

Usahawan ini tampil jelaskan bawa pelajar tahfiz ke konsert KEPCI

Isu yang sedang tular di media sosial berkenaan Konsert KEPCI Music Fest dihadiri oleh pelajar-pelajar tahfiz telah menjadi perbulan orang ramai sehingga ada yang mengaitkan dengan Perdana Menteri.

Malah pelajar tahfiz itu juga dilihat memakai jubah dan kopiah seperti terpaksa melihat penampilan artis yang kurang sesuai di mata mereka.

@adikmanja8843

apa nk jadi dengan negara kita ni.. tangan-tangan yang mengangkat liberal jawablah dewan Allah

♬ Astaghfirullah (Album Version) – Haddad Alwi

Seorang usahawan tampil menjelaskan hal sebenar dan mengaku bahawa dirinya yang membawa pelajar-pelajar tahfiz ke konsert berkenaan.

Menurut Andrie Ung Han Xiang, dia bertanggungjawab membawa pelajar-pelajar berkenaan menonton konsert tersebut yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam tanpa ada sebarang campur tangan dari pihak penganjur dan juga Perdana Menteri.

Ujarnya lagi, dia bersama rakan berjaya mengumpul sumbagan dan membawa anak yatim dari 22 rumah kebajikan seluruh negara kira-kira 700 anak-anak tersebut.

Usahawan Andrie Ung Han Xiang tampil jelaskan isu tersebut

“Inisiatif ini adalah sepenuhnya daripada kami yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman menghadiri festival itu.

“Tujuan kami ikhlas menjemput mereka bersama memeriahkan festival yang turut menyediakan permainan kanak-kanak dan aktiviti lain serta konsert, selain boleh dihadiri semua masyarakat,” katanya.

Tambahnya lagi, pelajar-pelajar tersebut merupakan anak pelarian Rohingya dan tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Mereka juga menjelaskan tidak berniat mahu menyinggung mana-mana pihak dan akui ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati tentang isu ini dan terkesan.

Artikle Berkaitan :>

KFC kini lebih hangat dengan KFC Extra Spicy & Crispy baharu

(Visited 345 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button