Jenayah

Wang akaun Tabung Haji lesap

PESARA TELEKOM rugi lebih RM90,000 diperdaya sindiket penipuan Macau Scam di Teluk Intan, Perak.

Wanita berusia 64 tahun itu pada awalnya menerima satu panggilan yang mendakwa dari pihak polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya dan menyatakan identiti wanita berkenaan terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah dan penggubahan wang haram.

Panggilan itu kemudian disambung ke talian kononnya Bank Negara Malaysia (BNM) untuk buat laporan berkaitan akaun bank yang dimiliki dan wanita itu diminta untuk mengeluarkan wang di dalam akaun Tabung Haji miliknya untuk dipindahkan ke akaun peribadi di Bank Islam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam satu kenyataan wanita berkenaan tanpa sedar telah menyerahkan maklumat akaun bank kepada suspek dan semua wang di dalam akaunnya dipindahkan ke pihak ketiga secara perbankan internet ke akaun bank mulai tarikh 30 Nov hingga 24 Dis tahun lepas.

Jelasnya, 12 transaksi berjumlah RM99,330 keseluruhannya dipindah secara berperingkat melalui akaun bank islam itu sebelum mangsa mendapati yang beliau sudah ditipu.

Laporan polis telah dibuat semalam kira-kira pukul 1.30 petang di Balai Polis Teluk Intan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar jangan mudah percaya dan menyerahkan maklumat perbankan mereka sewenang-wenangnya. – Bernama – SM

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button