Politik

Jentera PN tingkatkan asakan pikat pengundi – Muhyiddin

TANGKAK 11 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tempoh beberapa jam ini akan digunakan oleh semua jentera parti untuk meningkatkan asakan terutama di kawasan-kawasan terpilih untuk memastikan pengundi memilih calon Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN itu menegaskan tempoh masa yang sedikit sebelum seluruh rakyat Johor keluar mengundi esok wajar dimanfaatkan untuk menyakinkan pengundi terhadap  PN.

“Insyallah nampak zahirnya sokongan daripada rakyat terhadap PN semakin memuncak khususnya ketika ini.

“Kesempatan yang ada beberapa jam ini gunakan sebaik mungkin bertemu seberapa banyak pengundi.

“Waktu tempoh ini jentera parti jangan lalai dan gandakan asakan untuk menyakinkan pengundi.

“Kalau nak PN menang dan bentuk kerajaan negeri usaha perlu ditingkatkan dengan tempoh masa yang singkat ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program bersama pimpinan masyarakat dan NGO
di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak di sini hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang meramalkan parti itu dijangka menang dengan majoriti mudah 29 kerusi DUN Muhyiddin berkata, Presiden UMNO itu boleh cakap apa yang beliau suka.

“Itu adalah tafsiran masing-masing. Biarlah dia (Zahid) nak cakap BN menang 30 atau 40 kerusi sekali pun.

“Tetapi saya tidak berani buat ramalan kerana situasi yang kerap berubah-rubah lebih-lebih lagi melihat pengundi atas pagar masih besar di sesetengah tempat,” ujarnya.

Dalam pada iti Muhyiddin berkata, beliau mengharapkan peratusan orang keluar mengundi esok adalah tinggi antara 70 hingga 80 peratus.

Katanya, rakyat tidak perlu risau untuk keluar mengundi kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Saya tahu ada segelintir rakyat risau untuk keluar mengundi bimbang penularan Covid-19, bagi saya mereka tidak perlu risau yang penting patuhi SOP,” ujarnya lagi.

Bagi golongan muda pula beliau menyeru mereka untuk memanfaatkan peluang pertama kali dan keluar beramai-ramai melaksanakan tanggungjawab.

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button