Politik

Parti mesti ada orang tua, orang muda – Tun M

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad menjangkakan parti yang akan ditubuhkan oleh bekas Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sukar untuk berjaya.

Jelas bekas pengerusi Bersatu itu, setiap kawasan memerlukan kerjasama antara golongan muda dan tua. Kemenangan menurutnya, tidak akan dicapai oleh sokongan belia sahaja.

“Saya sebenarnya tidak tahu mengapa dia mahu menubuhkan parti baru. Di mana-mana kawasan, mesti kena ada orang tua dan orang muda. Kami akan pergi kepada golongan muda juga.

“Kalau dia (Syed Saddiq) hanya pergi kepada orang muda, agak sukar untuknya berjaya. Tapi ini adalah negara bebas, dia mahu lakukan dengan sendiri,” kata Dr Mahathir dalam sidang akhbarnya hari ini.

Parti baharu yang diinisiatifkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq 28, hampir menjadi kenyataan apabila beliau mengadakan pertemuan tertutup di Kelab Sultan Sulaimandengan ikon-ikon popular orang muda.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu tidak menyangka ikon-ikon berkenaan tertarik dengan idea menubuhkan pergerakan atau parti baharu yang didakwanya akan cuba menggantikan ‘politik tua’ di negara ini.

“Saya terkejut mereka boleh memberanikan diri sebab mereka kata dengan hashtag #masakita, kalau sebagai anak muda tak berani sahut cabaran ini dan kita duduk di belakang, takut, bila lagi kita boleh bawa perubahan berskala besar dalam politik negara?

“Ini bukan gerakan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri, Datuk Seri atau gerakan pemimpin orang kaya lama, tapi inilah momentum anak muda. Mereka mahukan wajah-wajah baharu, amanah dan berintegriti,” katanya.-SM

 

(Visited 473 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button