Nasionalpilihan

Rasuah agensi penguatkuasaan, empat pemilik syarikat ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menahan empat pemilik syarikat kejuruteraan marin kerana disyaki memberi rasuah bagi tujuan mendapatkan projek sebuah agensi penguatkuasaan yang dianggarkan berjumlah RM10 juta.

Dua daripada suspek masing-masing seorang lelaki dan wanita telah direman selama empat hari bermula hari ini hingga 24 Jun manakala dua lagi direman dua hari sehingga esok.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi ini.

Menurut sumber, suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita yang berusia lingkungan 40 hingga 71 tahun itu ditahan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pada jam 9 hingga 10 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

“Mereka dipercayai memberi rasuah kepada pegawai agensi penguatkuasaan tersebut sebagai balasan membantu syarikat-syarikat terbabit mendapatkan kerja-kerja pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan berkaitan marin bermula 2018 hingga tahun ini,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. -SM

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button