Politik

GERAKAN mohon maaf kepada penjawat awam

SETIAUSAHA Agung GERAKAN, Mak Kah Keong hari ini memohon maaf kepada semua penjawat awam yang tersinggung dengan kenyataan salah seorang ahli GERAKAN Mok Kok On yang menyatakan penjawat awam beban kepada negara.

Saya mewakili kepimpinan parti mengambil tanggungjawab ini menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam.

Untuk makluman, GERAKAN dan rakan-rakan seperjuangan dalam Perikatan Nasional yang lain sebulat suara tidak bersetuju dan membantah kenyataan tidak patut dan menghina yang dikeluarkan oleh Mok Kok On.

Hakikatnya, penjawat awam bukan membebankan tetapi mereka adalah tulang belakang kepada negara kita. Setiap hari mereka tanpa jemu berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Saya ingin menjelaskan perkara ini tidak akan dibiarkan, pimpinan GERAKAN akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas beliau.

Oleh yang demikian, saya ingin mengingatkan kepada semua akar umbi GERAKAN supaya ‘pisang tidak berbuah dua kali’ jangan keluarnya kenyataan sensitif yang boleh menimbulkan kerisauan kepada semua pihak.

Dalam pada itu, saya juga ingin memohon maaf kepada semua rakan seperjuangan Perikatan Nasional kerana mereka turut menerima tempias juga.

Saya ingin menegaskan perkara sebegini rupa tidak akan berlaku lagi.

MAK KAH KEONG
Setiausaha Agung
GERAKAN merangkap
Timbalan Pengerusi
Perikatan Nasional
Wilayah Persekutuan

 

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button