Rencah Hidup

‘Bukan kereta saya, saya tak pakai Vellfire’

BEKAS Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan sebuah kenderaan mewah yang terdapat dalam gambar beliau sedang berjogging merupakan miliknya.

Ahli Parlimen Muar itu menjelaskan beliau tidak memakai kenderaan jenis Vellfire. Sebaliknya dia hanya menggunakan kereta buatan Proton atau memakai kenderaan yang dimiliki oleh keluarganya.

Malah sepanjang menjadi menteri beliau tidak pernah memanfaatkan kemudahan lesen import (AP) kenderaan yang merupakan keistimewaan diberikan kepada ahli Parlimen.

“Bukan kereta saya Saya tidak pakai Vellfire. Semasa jadi Menteri, saya tidak manfaatkan pun AP yang diberikan untuk beli kereta mewah. I’ll stick to Proton or my exisiting family car,” ciap Syed Saddiq.

Beliau membalas ciapan pengikut di Twitternya, A Samad Said yang bertanya, ” YB maaf nak tanya tapi takpe ke park kereta kat bus stop tu?”  Dalam gambar yang dikongsi oleh Syed Saddiq di Twitternya itu, Vellfire berkenaan terletak di belakang Ahli Parlimen Muar itu.

Pada 20 Januari Syed Saddiq pernah menjawab persoalan mengenai jenis kenderaan yang beliau gunakan.

“Saya guna Proton. Kereta kegunaan peribadi pun Proton Inspira. Vellfire mana lah tiba tiba wujud. Pejabat saya telah membuat laporan polis berkenaan isu ini. Saya juga akan saman portal berita dan mereka yang menyebarkan fitnah ini,” jelas Syed Saddiq di Twitter pada Januari lalu.

Ketika itu sebuah portal berita mendakwa Syed Saddiq berada di lokasi ‘parti dadah’ yang didakwa turut melibatkan ahli Bersatu. Portal berita itu mendakwa bahawa kereta Vellfire milik menteri ada di lokasi kejadian.-SM

(Visited 531 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button