Politik

Syaitan kalangan manusia rancang rapi iklan judi hina Ramadan

Video lagu raya yang mengajak umat Islam untuk berjudi bagi menambahkan pendapatan untuk pulang ke kampung dilakukan dengan sengaja untuk merosakkan kedatangan bulan mulia Ramadan.

Ahli Parlimen Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, video tersebut dihasilkan oleh pasukan syaitan terdiri daripada kalangan manusia bagi mengajak umat Islam melakukan dosa.

“Para syaitan dan jin jahat dibelenggu sepanjang Ramadan. Tetapi tidak untuk pasukan syaitan daripada kalangan manusia.

“Mereka diarah oleh ketua yang dibelenggu untuk merosakkan keindahan Ramadan dengan ajakan kepada maksiat dan dosa,” kata Nik Mohamad Abduh.

Ahli Parlimen Bachok itu turut berpendapat, iklan judi raya berkenaan sememangnya telah dirancang dengan rapi bagi menghina seruan Ramadan yang mahu umat Islam kembali kepada agama.

Nik Mohamad Abduh mendakwa, iklan itu disebarkan ketika suara dakwah semakin mendapat tempat di negara ini yang menyebabkan kumpulan berkenaan berasa tidak senang.

“Ketahuilah iklan judi dan maksiat yang sedang diviralkan dalam negara kita kini adalah disengajakan dan dirancang rapi demi menghina seruan dan dakwah Ramadan agar umat kembali kepada Islam.

“Mereka berusaha merosakkan anak muda muslim dengan kelaghaan dan kelalaian daripada menghayati kefarduan dan kelebihan ibadah Ramadan.

“Ia berlaku pada saat suara dakwah semakin kuat dan maju dalam negara. Ia amat menyeksakan mereka,” kata beliau dalam satu catatan di Facebook.

Sementara itu beliau mengingatkan umat Islam agar tidak terperangkap dengan perancangan pihak bekkenaan.

Nik Mohamad Abduh menasihatkan agar masyarakat Islam memberikan kerjasama dan sokongan kepada pihak berkuasa untuk bertindak ke atas isu tersebut.

Media hari ini melaporkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sebanyak lapan individu yang terbabit dalam iklan raya yang tular di media sosial itu telah ditahan melibatkan lima lelaki dan tiga wanita.

Kesemua mereka terlibat sebagai pelakon, ejen artis, jurukamera dan produser video berkenaan.

Mereka turut mengaku menerima bayaran bagi pembikinan penggambaran video berkenaan yang diadakan di dua lokasi iaitu di Ampang dan Hulu Langat pada 13 Mac.

Sehingga kini polis menerima 38 laporan polis yang dibuat berkaitan dengan video berkenaan susulan daripada siasatan dijalankan.

Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai video iklan berkenaan yang dianggap menghina umat Islam dan cuba mempengaruhi umat Islam bermain judi bagi mencari dana untuk pulang berhari raya.

Pelakon iklan terbabit termasuk dua wanita dilihat memakai pakaian tradisional iaitu berbaju kurung dan berbaju Melayu bagi lelaki menyanyikan lagu bertemakan hari raya sambil mempromosi laman web perjudian.

Berlatarbelakangkan kampung Melayu, lirik lagu iklan syarikat judi itu antara lain berbunyi,”Tapi mengapa kau muram sahaja, duduk termenung seorang diri, nak balik kampung duit tak ada, tapi ada cara untuk mencari, ******* ada, apa ditunggu marilah cuba, untung nasibmu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya. ***** banyaklah uang boleh dimenangi, mari ke ******* menang banyak pasti happy.”- SM

(Visited 433 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button