HiburanLuar Negara

Selepas kontroversi gugurkan kandungan, Kim Seon Ho akhirnya muncul di pentas teater

Setelah aktor Korea Selatan, Kim Seon Ho, menghilangkan diri, kemunculannya dalam pementasan teater Touching the Void  mengejutkan peminat.

Ini kerana aktor yang mempunyai rupa paras kacak serta lesung pipit pernah dikaitkan dengan isu bekas teman wanitanya yang mengugurkan kandungan.

Terdahulu, Kim Seon Ho pernah popular menerusi drama Start-Up dan Hometown Cha-Cha dan menghilangkan diri selama 8 bulan.

Mengulas tentang projek terbarunya persembahan teater Touching the Void adalah berdasarkan kisah sebenar Joe Simpson dan Simon Yates.

Ia mengangkat kisah berkenaan dua pendaki gunung British yang hampir mati semasa turun dari puncak Siula Grade di Ande.

Kim Seon Ho memainkan peranan sebagai Joe Simpson dan menurut info, pementesan teater ini berlangsung dari 8 Julai hingga 18 September di Teater Art One Seoul.

Aktor berumur 35 tahun itu memulakan kerjaya lakonannya melalui pementasan teater pada tahun 2009.

Kim Seon Ho juga pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang seni lakonan di institutsi seni Soul, maka tidak hairanlah lakonannya meninggalkan kesan pada hati para peminat. . -SM

(Visited 287 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button