Luar Negara

Polis Itali bantah pemberian pelitup muka warna pink

KESATUAN polis Itali telah membantah pemberian pelitup muka FFP2 merah jambu kepada anggota yang bertugas kerana boleh merosakkan imej institusi.

Unit polis di enam bandar telah menerima pelitup muka FFP2 dari Pejabat Pesuruhjaya kecemasan Covid-19 Itali, Francesco Paolo Figliuolo.

Namun, ramai pengawai enggan memakai pelitup muka tersebut kerana mereka beranggapan ia tidak sesuai.

Menerusi surat kepada Ketua Polis Negara, Setiausaha Agung Autonoous Police Union (SAP), Stefano Paoloni berkata pelitup muka merah jambu tidak sesuai untuk anggota polis dan tindakan meluluskan pembelian itu sebagai membingungkan.

“Pengurus polis mesti memelihara kesopanan pengawai mereka dan memastikan mereka tidak melaksanakan tugas dengan menggunakan pelitup muka yang berwarna eksentrik dengan pakaian seragam.

“Hal ini kerana berisiko merosakkan imej institusi,” katanya.

Paoloni turut mencadangkan warna pelitup muka yang sesuai digunakan dengan seragam yang sebahagian besarnya berwarna biru iaitu putih, biru atau hitam.

Dalam pada itu, kesatuan itu menegaskan pihaknya tidak prejudis terhadap warna merah jambu tetapi bantahan itu dibuat berikutan dasar pakaian seragam polis yang ketat.

Di Twitter, Timbalan Menteri Infrastruktur Itali, Teresa Bellanova berkata penghormatan terhadap pakaian seragam bukan datang daripada warna, tetapi daripada sikap dan cara bekerja orang yang memakainya.

Di Itali, pelitup muka wajib dipakai di semua tempat awam dalam dan luar bagi membendung penularan Covid-19 dan topeng FFP2 gred lebih tinggi diwajibkan ketika menggunakan pengangkutan awam. -SM

(Visited 289 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button