JenayahNasional

Upah lumayan hantar dadah Perlis-KL dibongkar

Upah antara RM6,000 hingga RM7,000

TAWARAN upah lumayan antara RM6,000 sehingga RM7,000 untuk melakukan kerja penghantaran dadah dari Perlis ke Kuala Lumpur akhirnya dibongkar.

Modus operandi (Mo) yang digunakan oleh sindiket pengedaran dadah ini telah dikesan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Perlis.

Sekaligus ia telah membawa kepada rampasan dadah jenis ganja seberat 267.32 kilogram (kg) bernilai RM668,300 di tiga tempat di Kangar antara pukul 8.30 pagi hingga 10 pagi pada 24 Januari lalu.

SURINA SAAD menunjukkan rampasan ganja di sidang media di IPK Perlis.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata,  ia juga membawa kepada penahanan enam suspek berusia dari 28 hingga 45 tahun.

Selain itu, kata Surina, sindiket yang dikesan menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak November tahun lalu ini juga disyaki menggunakan jalan laut iaitu menggunakan bot persendirian bagi melakukan kerja-kerja penghantaran.

“Dipercayai dadah ini diperoleh dari negara jiran, transit di Perlis sebelum diedar di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Dewan Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

SURINA SAAD melihat pikup yang digunakan oleh suspek yang membawa kepada rampasan ganja sambil disaksikan Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan, Wari Kiew di IPK Kangar.

Surina berkata, pada pukul 8.30 pagi, 24 Januari lalu, pihaknya telah mengesan sebuah  kenderaan pikup jenis Ford Ranger di Jalan Tuanku Syed Putra menuju ke Alor Setar yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.

“Setelah dikejar, pikup itu  terbabas ke sebuah rumah di Kampung Lat , Simpang Empat,” kata beliau.

Kata lagi, dengan penahanan dua suspek berusia 29 dan 33, polis telah berjaya merampas ganja seberat 266.29 kg dengan nilai RM665,725.

“Hasil tindakan susulan pada pukul 9.30 pagi, tarikh yang sama, telah membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia 28 tahun hingga 45 tahun di mana 1.03 kg ganja bernilai RM2, 575 dirampas,” jelas beliau.

Tambah beliau, seorang lagi suspek berumur 28 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah ini telah ditahan di Kampung Hutan Ibus, Kuala Perlis.

Surina berkata, hasil ujian saringan awal urin mendapati empat suspek positif dadah jenis methamphetamine dan dua jenis ganja.

Beliau berkata, lima daripada suspek tersebut mempunyai rekod lampau kes dadah dan jenayah.

Surina berkata, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 31 Januari untuk siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. – SM

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button