Hiburan

Apa Salahnya Pelakon Melayu Muslim Tampil Berlakon Seksi & Tayang Aurat?

Seorang wanita Melayu yang dipercayai beragama Islam, Nur Azleen Natasha Natasha Mohamed Mubeen yang berkerja sebagai seorang pelakon memberitahu media satu perkara yang cukup penting.

Ia adalah berkenaan kebanyakan orang memang tahu Nur Azleen Natasha Natasha Mohamed Mubeen yang juga dikenali sebagai Scha Elinnea adalah seseorang yang seksi di luar.

Membaca penulisan itu di sebuah portal, ada yang beranggapan topik yang dinyatakan Scha adalah benar dan Scha mungkin hanya menutup aurat dengan sempurna apabila berada di dalam rumah.

Namun demikian, sejauh mana Scha mampu tampil seksi dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan di TV3, penonton boleh menilainya sendiri sebaik sahaja drama berkenaan disiarkan.

Paling mengujakan, Scha tak boleh halang orang untuk mengecamnya kerana Scha adalah seorang pelakon yang patuh kepada arahan produser, pengarah dan stesen TV.

Mereka yang meminta Scha membawakan watak Raina yang bekerja sebagai GRO dan bekerja di kelab malam, takkanlah mahu menutup aurat siap berpurdah.

Lagi pun ia adalah tanggungjawab Scha sebagai seorang pelakon dan ‘berdosa’ ingkar arahan produser, pengarah dan stesen TV jika tidak mengekalkan imej seksi.

Hal ini demikian kerana ramai pelakon baharu percaya produser, pengarah dan stesen TV menentukan rezeki dan periuk nasi untuk kekal dalam industri hiburan ini.

Hukum, larangan serta perintah Allah SWT tiada dalam kontrak untuk menjadi seorang pelakon yang kekal relevan dan SKMM atau Jakim belum diketahui akan menegur perkara ini atau sebaliknya.

Lebih-lebih lagi Scha cuma seorang wanita Melayu yang dipercayai masih beragama Islam dan bukannya menghasilkan video muzik raya yang mengangkat tema lelaki lembut atau drag queen.

P/s: Anda yang bekerja di agensi kerajaan, anda memikul amanah dan tanggungjawab urusan Seri Paduka Baginda dan mengikut perlembagaan, Yang Dipertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi persekutuan. Mana-mana agensi yang membiarkan perkara bercanggah dengan nilai norma agama serta budaya watan, layak dianggap sebagai menderhaka dan pecah amanah!

P/s: Kalau sedar seksi itu sebagai satu perkara yang bercanggah dengan nilai Islam dan menunggu hidayah untuk berubah, usahlah mulut terlampau ringan mengungkap saya boleh pilih untuk seksi sesuka hati saya kerana ajal dan maut tidaklah kita tahu bila tibanya!

(Visited 4,018 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button