Hiburan

Uptown Ampang meriah dengan kehadiran Rockers-Rockers dan Bikers dari seluruh Malaysia

Pertandingan karaoke yang berlangsung pada 15 saringan dan final pada 16 September bertempat di Uptown Ampang mendapat sambutan yang luar biasa dari orang ramai.

Sambutan dimeriahkan lagi oleh geng rockers dari sabahan, Kuala Lumpur dan Selangor, serta bikers (penunggang motosikal berkuasa tinggi) dari seluruh Malaysia termasuk Singapura.sekaligus menjadikan suasana rock kapak era 80-an kembali.

Rocker dan bikers bersatu menjayakan acara

Menurut pihak penganjur yang dikenali Keena Mentor dan Maya Cafe Entertainment idea tercetus untuk menghasilkan program ini adalah hasil beberapa buah fikiran dari team Black Horses Mg dan krew seperti Acai, Angah Mox, Vee Nazrah, Cip, Ivy dan Faizzal Rahman dan beberapa krew untuk menaikkan uptown Ampang sebagai tempat santai dan berhibur mengenali lebih rapat selebriti tempatan yang membuka gerai di situ.

Keena Mentor selaku MC pada malam acara

‘’Juara Rockers juga bukan setakat pertandingan karaoke tetapi penuh dgn aktiviti, iaitu vendor yang berniaga pelbagai barangan, mencari penampilan rock yang dimenangi oleh rockers sabahan dari Kuala Lumpur,Selangor dan Klang. ia juga diserikan dengan pelbagai cabutan hadiah utk pengunjung.’’katanya.

Juara dimenangi oleh Awang Shah membawa pulang RM800, tempat kedua pula Amir Kidal membawa pulang RM500 manakala tempat ketiga Andak yg membawa pulang RM300, mereka juga diberi piala ,sijil dan hamper yang ditaja oleh Ngo Pakat dari Dato Hasnal manakala wang pula disponsor oleh Dato Ts dan keseluruhan sponsor oleh Dato Z7 Zakaria.

Hadiah-hadiah turut disponsor oleh Pak Tam,Mie Castello,Rudy Leather,Kapten Sahar dri Black Crowz MC,Keena Mentor Channel,Tyra Remy,Intan,Tuan Haji Rasham,Jaa(WTF World Throttle Full,Jibam,Pirate (Atoz),Deen Maidin dan Print Kencana.

para pemenang

Antara penganjur yang terlibat, Brother Luv Coffee, Rudy Leather, Black Horses Mg dan banyak lagi.

”Saya turut berbesar hati kepada penganjur yg terlibat dan berterima kasih kerana ini kejayaan pada team yang terlibat dan bekerjasama menjayakan event pada malam tersebut dibantu dan diberi sokongan penuh oleh pengasas Uptown Ampang Iaitu Dato Amin Novo, dari Angkatan Malaysia Cemerlang yang merupakan pengasas utama Uptown Ampang.

Dalam pada itu juga Keena, Deen Maidin dan Maya Cafe mengumumkan bakal mengadakan event pada Disember bersempena sambutan malam tahun baru dengan mengadakan aktiviti mencari gaya Pak Maun dan Ratu Kebaya dengan tema nostalgia P Ramlee dan Saloma. Dihostkan oleh Wan Jibam, Keena dan Deen Maidin dan diserikan dengan dj Maya Cafe iaitu Dj Merah.

‘’Di masa akan datang kami mengadakan pelbagai event untuk memeriahkan laman Uptown ini, supaya lebih ramai membanjiri uptown sebagai tempat utama untuk beriadah bersama keluarga, sesiapa ingin berniaga juga boleh menghubungi no 0123465553 untuk mendapatkan tapak utk peniaga’’. Jelasnya.

Keena juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini walaupun pembagai dugaan yang datang.

Artikle Berkaitan :>

15 ‘bikers’ kena kompaun di ‘Kuala Klawang International Circuit’

Dua rockers bakal gegarkan Stadium Malawati Shah Alam!

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button