Politik

Audio “Anwar-Zahid”: Presiden PKR hanya beri keterangan sebagai saksi

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil ke i Bukit Aman pagi ini hanya untuk memberi keterangan sebagai saksi berhubung klip audio dikatakan antara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tular baru-baru ini.

Anwar yang ditemui pemberita selepas memberikan keterangan berkata, beliau tidak pasti rakaman percakapan itu melibatkan kes mana-mana kes.

Saya dipanggil sebagai saksi dalam kes audio yang didakwa percakapan antara saya dengan Ahmad Zahid. Jadi saya beri kerjsama kepada pihak polis yang menggunakan peruntukan 505B Kanun Keseksaan.

“Soalnya saya tidak tahu kes rasuah mana, kes ugutan mana, kes jenayah mana. Tapi saya beri kerjasama. Dan saya beritahu kalau ada pendakwaan saya akan beri keterangan lengkap,” kata Anwar.

Ketua pembangkang tersebut mendakwa tindakan polis tersebut merupakan satu bentuk pencabulan terhadap dirinya.

“Ini keterangan saksi. Tapi masih pencabulan kenapa mahu saya datang ke sini, sedangkan mereka boleh pergi jumpa saya di rumah dan pejabat,” jelas beliau.

Ketika ditanya sama ada beliau disoal oleh polis mengenai suara yang terdapat dalam rakaman audio itu, Anwar menjawab ringkas, ada tetapi soalan itu tidak releven.

Dalam sesi berkenaan, Anwar sempat melontarkan beberapa soalan kepada pengawai penyiasat sama ada dua audio yang melibatkan suara yang didakwa milik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan suara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut disiasat.

“Saya sebut juga ada penyebaran meluas di media sosial mengenai audio rakaman yang didakwa suara Tan Sri Muhyiddin mengenai scheme of things.

Dia melibatkan ugutan, rasuah, kalau orang ini sokong orang ini akan dilantik dalam GLC orang ini dan sebagainya.

“Jadi saya tanya ada siasatankah dan setakat saya tahu belum ada siasatan. Jadi selalu ada dua darjat, darjat pemimpin dan orang bawahan.

“Dan terkini ada penyebaran audio yang didakwa suara Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai mengatur orang mereka sebagai pengawai-pegawai kanan tertinggi polis.

“Jadi saya nak tanya adakah siasatan dalam kes seperti ini yang jauh lebih serius kerana melanggar beberapa peraturan dan melanggar jaminan beliau tidak campur tangan dalam urusan ini,” kata Anwar.

Anwar tiba di Bukit Aman kira-kira jam 9.58 pagi dengan menaiki kereta Jaguar hitam. Kehadiran Ketua Pembangkang itu ditemani peguamnya, Sankara N Nair.

Media sebelum ini melaporkan, rakaman audio perbualan dua individu yang mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar yang tular sejak awal bulan ini, akan disiasat jika pihak berkuasa menerima laporan.

Ahmad Zahid dan Anwar menjadi tumpuan selepas rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara mereka tular di media sosial.

Melalui audio berdurasi empat minit 17 saat itu, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menerusi panggilan telefon.

Menerusi rakaman sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dikatakan mengakui tidak mengikuti PAU secara dekat, selama 22 tahun.-SM

 

 

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button