Nasional

Rembat duit RM1,200 , pengurus ladang ditahan SPRM

HANYA kerana mahu wang segera, seorang pengurus ladang ditahan SPRM selepas meminta wang RM1,200 untuk penganjuran aktiviti yang tidak wujud.

Menurut sumber, suspek telah ditahan di pejabat SPRM Sandakan kira-kira pukul 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan.

“Suspek pada awal Mac 2017 telah meminta sejumlah wang daripada seorang individu untuk dimasukkan ke dalam akaunnya bagi tujuan penganjuran aktiviti ladang.

>BACA Thamby akhirnya serah diri

“Namun aktiviti tersebut sebenarnya tidak pernah dirancang atau wujud,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button