Ekonomi

Bank Rakyat peruntuk RM1.48 juta menerusi Program Imarah Ramadan

BANK RAKYAT pada hari semalam telah menyerahkan bakul makanan berserta wang sumbangan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1.48 juta kepada 7,400 keluarga asnaf secara serentak di 148 lokasi di seluruh negara bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh barakah dengan aktiviti kebajikan bersama komuniti setempat.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, program bersempena dengan Kempen Ramadan Raya ‘Tulus Ikhlas’ dan ulang tahun Bank Rakyat yang ke-70 ini membuktikan komitmen berterusan Bank berkenaan dalam menganjurkan inisiatif yang menyumbang kepada kebaikan dan kemakmuran bersama dengan kerjasama seluruh cawangan Bank Rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman

Menurut beliau, Bank Rakyat bukan sahaja komited dalam menyediakan penyelesaian kewangan merentasi segmen, bahkan memberi sepenuh komitmen dalam inisiatif yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan program ini merupakan salah satu daripadanya.

Inisiatif sumbangan bakul makanan yang mana telah memasuki tahun ketiga berturut-turut penganjurannya pada tahun ini juga amat bertepatan dengan nilai Malaysia Madani yang mengutamakan kesejahteraan dan ihsan dengan mengasihi serta saling membantu antara satu sama lain.

“Kami juga amat bersyukur kerana dapat meneruskan program ini dan berkongsi rezeki dengan lebih ramai lagi masyarakat yang memerlukan berbanding pada tahun sebelum ini, di samping mendekati pelanggan di sekitar kawasan Bank Rakyat beroperasi,” Mohammad Hanis.

Tambah beliau, “setiap satu bakul makanan yang bernilai RM100 ini mengandungi minyak masak, teh, tepung, gula, kurma, kuih raya serta pelbagai keperluan lain. Mereka juga menerima wang sumbangan bernilai RM100 setiap seorang bagi membantu memenuhi keperluan seharian dalam menjalani ibadah puasa dan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri kelak.” – SM

Artikel berkaitan > Bank Rakyat salur RM83,000, bantu tingkat ekonomi penduduk luar bandar melalui Jāriah Al-Barakah

(Visited 43 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button