BanjirBencana alamRencah Hidup

Pernisma bantu mangsa selamatkan barang elektrik terendam banjir

BUKAN semua barang elektrik yang terendam dalam air banjir perlu dibuang kerana masih ada yang boleh diselamatkan.

Bagaimanapun bagi memastikan barang berkenaan digunakan dengan selamat Persatuan Kontraktor Kerja Bumiputera (Pernisma) yang terdiri dalam kalangan pakar pendawaian elektrik tampil membantu mangsa yang terjejas banjir.

Penyelaras program yang mendapat kerjasama Tenaga Nasional Berhad, Safaruddin Ridzuan, 33 berkata, barang elektrik yang terendam air banjir masih boleh diselamatkan.

“Barang-barang elekrik yang terendam air ada yang boleh digunakan. Perlu dikeringkan, insya-Allah barang itu boleh diguna semula. Jadi mereka buang, sayanglah.

“Macam Pernisma, anggota kita ada kepakaran dari segi elektrikal. Jadi kita bantu mangsa-mangsa banjir dari segi tersebut,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka.

Selain membantu menyelamatkan barang elektrik, Pernisma juga memberi perkhidmatan memeriksa pendawaian elektrik di rumah yang ditengelami banjir sama ada selamat digunakan atau tidak.

Badan bukan kerajaan itu telah membantu lebih 400 buah rumah di Hulu Langat, Shah Alam, Bangi dan Sepang, Selangor.

Menurut beliau, banyak mangsa banjir yang khuathir untuk menggunakan soket elektrik yang telah terendam dalam air banjir begitu lama.

“Mangsa banjir perlukan nasihat daripada pakar kerana mereka tidak berani untuk menghidupkan suiz dalam rumah.

“Team kami bawa peralatan yang boleh mengenalpasti sama ada peralatan elektrik boleh digunakan semula,” katanya.

Sementara itu, kerja-kerja sukarewan yang dilakukan oleh ahli Pernisma turut dipuji Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabari Yaakob.

Beliau berterima-kasih atas perkhidmatan yang diberikan secara percuma kepada mangsa banjir.

“Untuk pengetahuan, Tenaga Nasional Berhad sudah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian secara percuma dengan sokongan Pernisma, Teeam, TNB Energy Services dan dan kontraktor elektrik bertauliah, sejak Jumaat lalu.

“Terima kasih saya ucapkan kepada kontraktor elektrik yang menjalankan kerja-kerja ini secara sukarelawan di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur,” kata Ismail Sabri ketika melawat mangsa banjir di Hulu Langat baru-baru ini.

Sementara itu, Safaruddin menjemput lebih banyak kontraktor elektrik untuk bersama-sama Pernisma dalam membantu masyarakat yang terjejas banjir.

Mana-mana kontraktor elektrik yang mahu bersama-sama Pernisma boleh menghubungi Sarafuddin di nombor 017-3434377.-SM

 

(Visited 794 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button