Nasional

Kes arwah Adib: Hukuman terlalu ringan – Wira Putra

KERAJAAN digesa hentikan polemik kes kematian anggota Bomba Allahyarham Muhammad Adib Kassim, 24, dan mengenakan hukuman berat terhadap pelaku terbabit.

Ini kerana hukuman yang dikenakan terhadap pelaku di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan adalah tidak wajar sedangkan kes tersebut menyebabkan kematian.

Justeru, adalah wajar dikenakan hukuman yang lebih berat berbanding Seksyen 143 sekadar penjara enam bulan, denda atau kedua-duanya.

“Biarpun ia hanya sekadar cadangan-cadangan kepada kertas siasatan, kerajaan kelihatan tidak bersungguh-sungguh.

“Hanya bersandiwara dalam menjalankan peranan menegakkan keadilan.

BACA > Penyerang muda negara jadikan Real Madrid destinasi impian – Suara Merdeka

“Wira PUTRA terkilan mendengar kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa kesemua suspek kes kematian Allahyarham Adib Kassim akan didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

“Hukuman di bawah seksyen tersebut jauh lebih ringan hukumannya berbanding kehilangan nyawa seorang petugas badan beruniform kerajaan ketika menjalankan tugas rasminya.”

Demikian kata Ketua Pergerakan Wira Parti Bumiputera Perkasa (Putra) Nasrul Ali Hasan Abdul Latif dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata demikian mengulas penggulungan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam Dewan Rakyat yang menyentuh kes kematian Arwah Muhammad Adib.

Dalam penggulungan tersebut, Hamzah memaklumkan 12 orang suspek terlibat pembunuhan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat itu dituduh di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

NASRUL ALI HASAN ABDUL LATIF

Katanya, kertas siasatan dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai baru-baru ini.

Jelas Hamzah, pertuduhan di bawah Seksyen 143 kerana 12 suspek terbabit melakukan rusuhan dan menyerang jentera bomba.

BACA > TNB, PIPP meterai PPA loji janakuasa di Selangor – Suara Merdeka

Beliau juga mencadangkan supaya melaksanakan inkues semula untuk siasatan lanjut sekiranya dipersetujui Peguam Negara di bawah Seksyen 339 (2), Kanun Prosedur Jenayah.

Bagaimanapun, tambah Nasrul Ali Hasan, hukuman yang bakal dikenakan itu tidak memberi keadilan kepada keluarga Allahyarham.

Malah, beliau mendakwa kerajaan seolah-olah mahu melepaskan tangan terhadap kes berkenaan.

“Tindakan ini bukan sahaja tidak adil bagi keluarga Allahyarham.

“Malah dilihat seperti kerajaan mahu lepas tangan dan menjatuhkan hukum hanya sekadar buat syarat atau hukuman asal ada.

“Alasan demi alasan diberikan oleh pihak berwajib seolah-lah menidakkan keadilan buat keluarga mangsa.

“Rakyat tidak mahu dengar keputusan yang ada campur tangan politik sebaliknya perlukan jawapan dan hukuman setimpal dijatuhkan kepada semua 12 orang suspek.

BACA > DAP lancar kempen derma RM10 untuk wang jaminan Guan Eng – Suara Merdeka

“Dakwaan itu satu, sabitan atau pembelaan atau rayuan itu hal lain, jika serius dan bersungguh, pasti akan temui jalan.

HAMZAH ZAINUDDIN

“Mendakwa semula dibawah Seksyen 143 adalah sangat-sangat asas sedangkan seksyen lain seperti 146 wujud dan mempunyai hukuman yang lebih berat,” katanya.

Tambah beliau, cadangan mewujudkan inkues semula juga dilihat tidak telus, seolah-olah menampakkan kerajaan secara halus menolak keputusan Mahkamah Koroner.

Justeru, beliau juga mendakwa cadangan kerajaan itu juga disifatkan sebagai sengaja melengahkan pendakwaan kes Arwah Muhammad Adib.

Kata Nasrul Ali Hasan, kerajaan dilihat sengaja berbuat demikian untuk menjadikan kes tersebut sebagai modal politik pada masa hadapan.

“Wira Putra mohon penjelasan, adakah menteri nak menyatakan secara halus bahawa keputusan mahkamah koroner itu tidak sah dan tidak tepat?

“Atau sengaja nak melengahkan supaya ada modal politik untuk masa depan?

BACA > 17 terbunuh pesawat bawa pulang warga India terkandas akibat Covir-19 terhempas — Suara Merdeka

“Kenyataan seperti ini seperti merendahkan kredibiliti dan menghina institusi badan kehakiman.

“Justeru sekarang terserah kepada rakyat untuk menilai secara adil dan munasabah.

“Adakah mereka yang dahulunya begitu lantang memperjuangkan keadilan untuk arwah, benar-benar memperjuangkannya demi keadilan?

“Atau sekadar menunggangnya untuk kepentingan politik dan setelah tampuk kepimpinan berjaya diperoleh…

“…maka kuda tunggangan (isu arwah) itu pun mereka tinggalkan?” soalnya.

Terdahulu, Allahyarham cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Ramsay Sime Darby, Subang Jaya ketika bertugas pada 26 November 2018.

Arwah Muhammad Adib pada waktu itu sedang bertugas ketika rusuhan berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di Shah Alam.

BACA > Pendakwaan suspek kes Adib patut jenayah membunuh, bukan merusuh – Suara Merdeka

Allahyarham kemudian disahkan meninggal dunia pada 17 Disember pukul 9.41 malam selepas mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). – SM

 

(Visited 524 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button