Nasional

Op Selat: 8 pegawai imigresen didakwa bermula esok

Lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Op Selat bulan lalu akan didakwa di enam negeri berasingan pada 14 (Isnin) dan 16 (Rabu) Disember ini.

Menurut sumber, pada esok (Isnin), masing-masing dua pegawai Imigresen akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan dan di Mahkamah Sesyen Johor.

Manakala masing-masing seorang di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Mahkamah Sesyen Melaka.

Seorang daripada mereka pula akan dituduh pada Rabu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu.

Mereka bakal dituduh atas kesalahan menerima wang sogokan setelah memperakukan cap keluar dan masuk pasport warga asing tanpa perlu keluar Malaysia.

Pada 16 November lalu, SPRM telah menjalankan satu operasi khas dengan kerjasama Jabatan Imigresen yang berjaya melumpuhkan aktiviti rasuah melibatkan sindiket yang menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara. -SM

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button