JenayahNasional

Tumbuk, samun guru wanita: Tiga lelaki ditahan

POLIS menahan tiga lelaki Ahad lalu kerana disyaki menyamun dan mencederakan seorang guru wanita di sebuah rumah di Taman Pelangi, Sentul, pada 25 Februari lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 45 tahun ditumbuk di muka, dipukul di bahagian leher dan diikat dengan wayar oleh semua suspek yang menyamun rumahnya.

Ketua Polis Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata, suspek turut melarikan wang tunai RM6,000, satu telefon bimbit, seutas jam tangan dan kad bank milik mangsa.

“Susulan itu, polis menahan tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 26 hingga 35 tahun di Damansara dan Petaling Jaya, Ahad lalu.

“Siasatan mendapati modus operandi mereka adalah melakukan samun secara berkumpulan dengan menyasarkan rumah yang berpenghuni,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Beh, kesemua lelaki itu memiliki pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau dan mereka kini direman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dengan sengaja menyebabkan cedera.

Beliau berkata, susulan penahanan mereka, polis berjaya menyelesaikan empat kes di ibu negara dan satu kes di Selangor. – SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button