Ekonomi

Qaseh Gold sasar 100 jutawan, 1,000 usahawan baharu

TIADA yang mustahil dalam mencapai sasaran melahirkan 1,000 orang usahawan baharu dengan pendapatan minima, RM2,000 sebulan.

Begitulah kata-kata Pengasas Qaseh Gold merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan Ana Global Ventures (AGV), Hasniza Hassan.

Beliau berkata, misi utama syarikat sempena melangkah ke tahun baru 2022 termasuklah membina 100 jutawan Qaseh Gold dalam tempoh tiga tahun.

“Apa yang terdetik di hati saya ialah bagaimana sebagai seorang Muslim ingin menjayakan Qaseh dengan lebih meluas supaya dapat membawa kembali fenomena Qaseh Gold yang dahulu pernah melanda negara untuk membantu lebih ramai keluarga agar menjadi sihat dan bahagia.

“Doakan misi kami untuk melahirkan 100 jutawan Qaseh dalam tempoh tiga tahun berjaya dicapai pada tahun 2024 nanti,” katanya.

Beliau mengungkapkan kata-kata demikian pada Malam Starvaganza 2021 Qaseh Gold yang diadakan secara eksklusif bagi meraikan kejayaan ejen serta stokis yang telah mencapai prestasi cemerlang sepanjang tahun 2019 hingga 2021, baru-baru ini.

Hasniza berkata, sebagai permulaan beliau akan mengadakan sesi latihan khas untuk ketua atau leader dan team.

Jelas beliau, fokus latihan adalah untuk membina pemikiran atau mindset, kepimpinan (leadership), sales and marketing termasuk pasaran media sosial serta personal branding selain daripada pengambilan atau recruitment dan pembinaan sistem ejen yang lebih kukuh.

Sementara itu, pada majlis malam tadi, turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, Panel Syariah Ana Global Ventures, Dr. Zaharuddin Abd Rahman  dan Prof. Madya Dr. Azman Mohd. Noor.

 

Buat julung kalinya majlis seumpama itu diadakan, menyaksikan penyampaian 8 Anugerah Utama selain meraikan 117 penerima anugerah pada Malam Stargavanza 2021 Qaseh Gold.

Pengurus Pemasaran Nasional Nurmarjan Abdul Rahman dan Mohd Al-Imanshah Hassan diberikan penghargaan pada Malam Starvaganza 2021 Qaseh Gold.

Berikut adalah senarai anugerah:

ANUGERAH QASEH WELLNESS ADVISOR

Anugerah ini diberikan kepada mereka yang telah menyertai Qaseh Wellness Advisory Program (QWAP) iaitu sebuah program anjuran HQ bersama Pakar Pemakanan dan Nutrisi Kumpulan Ana Global Ventures, Coach Surainee Wahab.

ANUGERAH OVERSEA STUDY KRABI
Anugerah ini ditawarkan kepada mereka yang layak untuk bersama-sama menikmati percutian ke Krabi, Thailand yang telah digantikan dengan hadiah wang tunai bernilai RM1,000 untuk setiap pemenang disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

ANUGERAH PRESIDENT

Anugerah ini diberikan kepada ejen atau stokis Qaseh yang telah berjaya mencapai jumlah jualan RM16,000 dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH ACHIEVERS

Anugerah ini diberikan kepada ejen atau stokis Qaseh yang telah berjaya mencapai jumlah jualan RM8,000 dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP SELLERS

Anugerah ini diberikan kepada ejen yang telah berjaya meraih jualan tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP PP (Pengurus Pemasaran)

Anugerah ini diberikan kepada stokis yang telah berjaya meraih jualan terkumpul tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP PPW (Pengurus Pemasaran Wilayah)

Anugerah ini diberikan kepada stokis yang telah berjaya meraih jualan terkumpul tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

ANUGERAH TOP PPN (Pengurus Pemasaran Negeri)

Anugerah ini diberikan kepada stokis yang telah berjaya meraih jualan terkumpul tertinggi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

STOKIS DAN EJEN DIPERLUKAN :

QHR mengalu-alukan penyertaan stokis dan ejen bagi menyertai misi melahirkan 1,000 usahawan dengan pendapatan minima RM2,000 sebulan pada tahun 2022 dan 100 jutawan Qaseh Gold menjelang tahun 2024.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi saudari Aqila pada talian 011-60860407. – SM

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button