Nasional

Pemandu mabuk: Perlu gubal undang-undang?

RAMAI bertanggapan undang-undang sedia ada tidak mampu mengawal masalah pemandu mabuk yang memandu sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya.

Lebih teruk lagi, sikap mereka turut menyebabkan ramai pengguna lain terkesan dan terkorban akibat sikap memandu kenderaan ketika berada dibawah pengaruh alkohol.

Terdapat juga beberapa kes sebelum ini menimbulkan kemarahan pengguna media sosial apabila pemandu mabuk yang menyebabkan kematian bebas ataupun sekadar didenda.

Seksyen 45 dan 45A, Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan denda tidak kurang RM1,000 atau tidak lebih RM6,000 bagi pemandu mabuk.

[BACA ARTIKEL] Pemandu mabuk terus ‘mengganas’, dua lagi maut kena langgar
[BACA ARTIKEL] Pemandu mabuk: Kementerian Pengangkutan mahu kaji sampai bila? — Suara Merdeka

Sementara penjara pula tidak lebih daripada 12 bulan. Adakah ini masih relevan.

ROZLIM CHE ALI

Namun, Pegawai Turus Kes Profil Tinggi dan Kajian Kes, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM, Asisten Superintenden Rozlim Che Ali mengingatkan netizen tentang Seksyen 44 dalam akta tersebut.

Beliau diwawancara Amin Idris dalam Wacana Sinar Harian hari ini menjelaskan, terdapat peruntukan dalam Seksyen 44 untuk menghukum pemandu yang mabuk.

“Dalam seksyen itu, pemandu yang mabuk dan melanggar orang sehingga menyebabkan kematian boleh dikenakan denda RM8,000 hingga RM20,000 dan penjara tiga hingga 10 tahun,” katanya.

Tambahnya, PDRM tidak menolak untuk kajian semula undang-undang bagi mencegah pemandu mabuk terutama yang mengakibatkan kematian.

Hak membela diri

Menjawab persoalan netizen, beliau menjelaskan kes-kes sebelum ini yang diputuskan mahkamah adalah tertakluk kepada undang-undang.

“Hukuman yang dikenakan dalam Seksyen 45 dan 45A sudah berat.

“Bagaimanapun apabila dituduh di mahkamah, sebagai rakyat Malaysia mereka mempunyai hak untuk membela diri. Tetapi, perlu mengemukakan bukti yang kukuh,” ujarnya.

AMIN IDRIS

Dalam pada itu, Amin Idris turut memberi contoh pelaksanaan undang-undang berkaitan kemalangan akibat pemandu mabuk ini di New Zealand.

Katanya, di sana pemandu yang mabuk boleh dikenakan denda sehingga 4,500 Dolar Amerika Syarikat (AS) (RM18,600), penjara tiga tahun dan gantung lesen selama enam bulan.

“Adakah Malaysia boleh mengambil contoh ini dalam menambah baik undang-undang dan mengurangkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol,” soalnya.

[BACA ARTIKEL] Pemandu mabuk: Kementerian Pengangkutan bincang kaji semula peruntukan sedia ada — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Pemandu mabuk perlu dikenakan hukuman yang lebih berat- PDRM — Suara Merdeka

Bagaimanapun, Rozlim memaklumkan pelaksanaan undang-undang adalah berbeza dan perlu melihat faktor kemampuan dan keupayaan rakyat Malaysia.

“Tahap ketahanan warga New Zealand adalah berbeza berbanding rakyat Malaysia.

“Ujian 80miligram (mg) alkohol daripada 100ml darah sudah dikira melakukan kesalahan,” jelasnya.

Namun, beliau tidak menolak sekarang adalah masa yang sesuai untuk mengkaji undang-undang sedia ada.

“Kalau undang-undang tidak berat, sekarang adalah masanya untuk menggubal,” katanya.

KULANTHAYAN KC. MANI
Tingkat penguatkuasaan dahulu

Bagaimanapun, Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan (MKJR), Dr Kulanthayan KC. Mani menegaskan penguatkuasaan penting sebelum pengubalan akta.

“Saya lebih suka perkukuhkan undang-undang sedia ada dengan meningkatkan penguatkuasaan.

“Sekiranya tiada perubahan ataupun pemandu masih lagi mengulangi kesalahan sama (mabuk) maka wajar gubal akta. Maksimumkan penguatkuasaan dahulu,” tegasnya. – SM

(Visited 517 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button