NasionalNegeriRencah HidupTravel

Perlis Damai dan Menawan dipilih tema TMP2024-2025)

KERAJAAN Perlis memilih tema Perlis Damai dan Menawan dalam Bahasa Malaysia bagi mempromosikan kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (TMP2024-2025) nanti.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mengumumkan secara rasmi penggunaan tema ini sempena Majlis Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen bersama Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis diumumkan sebagai Johan Kawad bagi kategori Pasukan Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun Majlis Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin Putra mengajak semua supaya bersama-sama dengan Kerajaan Negeri demi menjayakan kempen tersebut.

Baginda percaya bahawa rakyat di negeri ini kaya dengan sifat hospitaliti, berhemah dan amat prihatin terhadap isu kebersihan alam sekitar, sekaligus mencerminkan tema ‘Perlis Damai dan Menawan” yang dipilih tersebut.

Raja Muda turut menyarankan supaya gunakanlah peluang ini untuk sama-sama menaikkan lagi imej Perlis sebagai salah sebuah destinasi pelancongan utama baharu di Malaysia.

Di majlis yang sama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysua (ATM) Negeri Perlis muncul Johan Kawad bagi kategori Pasukan Swasta, NGO dan Pertubuhan; Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) keluar sebagai Johan Kawad bagi kategori Pasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Sekolah; dan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis diumumkan sebagai Johan Kawad bagi kategori Pasukan Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun pada kali ini. – SM

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button