Nasional

Amaran hujan lebat berterusan di Pahang dan Johor hingga esok

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan melibatkan timur Pahang dan Johor sehingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataannya turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Isnin.
Jabatan itu memaklumkan ia susulan penumpuan angin timuran yang dijangka berlaku di Pahang, Johor, Sarawak dan timur Sabah sehingga Selasa, sekali gus menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit. – SM
(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button