Ekonomi

Public Bank Catat Untung Sebelum Cukai Sebanyak RM4.30 Bilion

UNTUK setengah tahun pertama tahun 2023, Kumpulan Public Bank mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM4.30 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RM3.33 bilion, masing-masing meningkat sebanyak 7.0% dan 18.4% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2022.

Prestasi keuntungan itu dipacu terutamanya oleh pertumbuhan yang baik dan berterusan bagi pinjaman dan deposit Kumpulan, pengurusan kos yang berhemat serta kualiti aset yang stabil.

Berikutan itu, Kumpulan berjaya mengekalkan pulangan ekuiti bersih yang bertahan sebanyak 13.2%.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank. Tan Sri Dr. Tay Ah Lek berkata: “Berikutan prestasi kewangan yang kukuh pada setengah tahun pertama tahun 2023, Lembaga Pengarah Public Bank
mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 9.0 sen sesaham.”

Pendapatan faedah bersih meningkat sebanyak 3.4%, sebahagian besarnya dipacu oleh perniagaan pinjaman dan deposit yang meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan masing-masing sebanyak 5.4% dan 6.0%.

Pendapatan bukan faedah meningkat sebanyak 5.4%, disokong oleh pendapatan lebih tinggi daripada perniagaan pertukaran asing dan pembrokeran saham.

Kumpulan mengekalkan nisbah kos kepada pendapatan yang cekap sebanyak 33.7% pada setengah tahun pertama tahun 2023, disokong oleh pengurusan kos yang berhemat dengan perbelanjaan operasi meningkat sebanyak 3.5% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2022.

Kualiti aset kekal stabil dengan nisbah pinjaman pengurangan nilai kasar sebanyak 0.55%.

Peruntukan pengurangan nilai pinjaman adalah lebih baik sebanyak 85.7%, manakala nisbah perlindungan kerugian pinjaman kekal pada tahap yang baik iaitu 199.1% pada akhir bulan Jun 2023. – SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button