Rencah Hidup

Kek Madeline dulu popular bagi pelajar SRT

PELAJAR perempuan yang pernah mengambil subjek Sains Rumah Tangga (SRT) semasa di sekolah menengah sekitar tahun 1970-an, pastinya kenal dengan kek madeline.

Ketika itu, kek madeline wajib dibuat semasa latihan di kelas SRT.

Madeline adalah kek biasa yang dibakar dalam acuan seperti gelas kecil dan kemudiannya disalut dengan jem strawberi serta kelapa kering.

Kek ini digemari bukan saja kerana bentuknya yang comel tetapi gabungan rasa masam dan manis itu menjadikan ia sangat enak ketika dinikmati.

Namun kini semakin sukar untuk mendapatkan madeline di pasaran seolah-olah ia hampir dilupakan.

Nadiah Hanis Che Anan, 32, pula terdorong untuk membuat semula kek madeline setelah diberikan idea ini oleh ibunya.

“Baru-baru ini, ibu kebetulan bersembang dengan grup whatsapp sekolah di mana masing-masing mengimbau kenangan membuat kek madeline,” katanya.

Nadiah pula memikirkan inilah masanya untuk dia menjadikan kek madeline sebagai item baharu dalam senarai kueh jualan yang dibuatnya sebelum ini.

“Sebenarnya saya ada kerjaya tetap tetapi kerana minat sanggup membuat kuih jualan seperti masalodeh, kasturi, koleh kacang dan murtabak mini,” katanya.

Beritahu Nadia, lima kali dia membuat percubaan untuk menghasilkan madeline sebelum yakin ia boleh dijual.

Sehingga kini, Nadiah cuma meletakkan kek madeline di tiga gerai jualan kuih sekitar pekan Kuala Perlis.

“Ternyata usaha saya untuk menggembalikan populariti kek madeline ada menampakkan pentanda baik,” ujarnya yang tinggal di Taman Seberang Indah, Kuala Perlis.

Beliau berkata, setakat ni walaupun baharu tiga minggu kek madeline dijual, sambutannya amat menggalakkan.

Katanya, harga yang dijual untuk dua biji madeline hanya RM2.

Nadiah berkata, beliau juga bersedia untuk menerima tempahan jika ada yang berminat dengan menghubungi di talian 017-9161391. – SM

(Visited 966 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button