Nasional

Covid-19: 771 rakyat Malaysia pulang semalam, 1 dibawa ke hospital

SERAMAI  seramai 771 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2 semalam.

Mereka tiba dari  dari Singapura, Indonesia, UAE, Taiwan, Thailand, Qatar, Australia & Korea Selatan. Daripada jumlah itu,

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri, dari jumlah tersebut 770 individu telah diperintah
untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing manakala seorang individu dibawa ke hospital.] untuk menjalani rawatan.

Menurutnya, sari 10 Jun sehingga 4 Julai lalu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat saringan ke atas 11,049 individu di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

“Daripada jumlah ini, 11,001 individu didapati negatif COVID-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing (home quarantine). 48 individu lagi didapati positif dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat
61,727 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut Ismail Sabri, PDRM telah menahan 165 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu 14 individu telah direman manakala 151 lagi telah dikompaun.

Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti pub atau kelab malam (96), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (2) dan aktiviti yang melanggar SOP (67).

Operasi itu melibatkan 2,745 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,789 anggota. Mereka telah membuat
pemantauan di 3,786 pasar raya, 5,498 restoran serta 1,733 penjaja, 1,007 kilang, 3,569 bank dan 741 pejabat kerajaan.

Pemantauan juga  dibuat ke atas 1,204 terminal pengangkutan darat, 259 terminal pengangkutan air serta 88 terminal pengangkutan udara telah dipantau oleh Task Force Operasi Pematuhan.-SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button